Monthly Archives: November 2013

You are browsing the site archives by month.

Untuk memulakan urusniaga apa yang perlu ialah :

  • Modal (Minimum RM10,000 disyorkan)
  • Buka akaun urusniaga melalui Futures Broker (Trading House)
  • Lantik seorang FBR / CFBR sebagai broker. (Biasanya Futures Broker akan melantik seorang FBR). Anda juga boleh menggunakan Perisian Secara Online untuk trading seperti JTrader (OSK)
  • Langgani ‘Real Time Market Information’ (Data terkini pergerakan Pasaran) daripada Vendor yang dilantik Bursa Malaysia. ( OSK menyediakan perisian 188OSK bagi ahli yang berdaftar untuk memantau pergerakan pasaran FCPO.)

Selepas itu anda secara sah menjadi trader dan boleh membuat tempahan harga melalui FBR yang anda lantik. Sila beri arahan kepada FBR mengikut turutan berikut :

  • Beli atau jual dan bulan kontrak yang dikehendaki
  • Berapa lot atau kontrak yang hendak dibeli atau dijual
  • Jika mahu membuat limit order, sebutkan sahaja harga yang dikehendaki. Jika mahu membuat market order, anda tidak perlu menyebutkan harga tempahan. Bagi jenis tempahan harga yang lain, sila beritahu jenis tempahan harga tersebut dan kemudian, harga yang dikehendaki.
  • Maklumkan nombor akaun anda.

Pada masa ini, FBR telah melengkapkan butiran tempahan harga anda di sistem. Minta FBR ulang kembali tempahan anda. Jika anda berpuas hati, beritahu FBR (‘ok’ sudah mencukupi). FBR akan menghantar tempahan anda ke dalam sistem.

  • FBR akan memaklumkan kepada anda jika tempahan harga anda telah dipadankan di sistem. Pemadanan harga tempahan mungkin berlaku serta-merta atau kemudian.

Jika kemudiannya anda mahu mengubah tempahan harga (perubahan jumlah lot atau nilai harga) atau membuat pembatalan, anda hanya beritahu FBR nombor akaun dan perubahan/pembatalan yang mahu dibuat. Selagi tempahan anda belum dipadankan, pengubahan atau pembatalan boleh dilakukan.

Jika masih berlaku kekeliruan di dalam komunikasi anda dan tempahan dibuat tidak mengikut apa yanng anda kehendaki, anda boleh meminta FBR menyemak perakam suara. Trader perlu sedar, semua tempahan melalui telefon meja FBR (di semua syarikat broker) adalah bersambung dengan perakam suara. Sekiranya anda membuat tempahan dengan cara instant messenger atau melalui telefon bimbit FBR, semakan rakaman tidak dapat dibuat.

Yang penting, anda perlu ada persefahaman dengan FBR anda. Dalam konteks etika, FBR perlu memahami keperluan dan had pelaburan setiap pelanggannya. Malah FBR juga sepatutnya membantu dan mendidik pelanggan dalam urusniaga. Jangan salah faham, keputusan muktamad urusniaga masih lagi ditangan pelanggan; FBR perlu membantu dan mendidik pelanggan untuk memahami implikasi keputusan urusniaga mereka dan tidak membiarkan pelanggan ‘hanyut’ dalam keputusan yang dibuat dengan asas yang salah atau kurang tepat.

Jika perlu, jadikan FBR kawan anda. Bentukkan persefahaman. Ini penting kerana FBR adalah pihak yang melaksanakan urusniaga pelaburan anda. Sekiranya anda tidak berpuashati dengan seseorang FBR, anda boleh meminta FBR yang lain daripada syarikat broker. Sekiranya anda masih tidak berpuashati, anda boleh meminta akaun anda ditukar ke cawangan lain syarikat broker yang sama atau menukar syarikat broker sama sekali.

Untuk membuat tempahan harga, ada beberapa jenis yang boleh digunakan oleh para pelabur. Siri ini akan menjelaskan jenis-jenis tempahan harga yang digunakan semasa membuat urusniaga FCPO.

Ingin dimaklumkan terlebih dahulu, sesuatu tempahan harga yang dibuat, secara umumnya kena mengikut giliran. Sistem memberi keutamaan kepada tempahan harga seperti berikut :

  • Harga : harga beli yang lebih tinggi dan harga jual yang lebih rendah diutamakan.
  • Masa : bagi tempahan aras harga yang sama, tempahan yang dibuat dahulu akan diutamakan

Apabila tempahan harga dibuat dan masih belum dipadankan (masih menunggu giliran di dalam sistem), anda masih boleh membatalkan tempahan tersebut. Dalam keadaan yang sama anda juga boleh memilih untuk mengubah tempahan (samada pada harga atau bilangan lot).

Walau bagaimanapun, apabila tempahan diubah, dari segi giliran, tempahan anda dikira sebagai tempahan baru dan masuk semula “dalam barisan” di sistem pada tempat paling belakang.

Satu lagi perkara yang perlu difahami. Harga yang ditawarkan di pasaran tidak semestinya beratur mengikut turutan yang ideal.

Misalnya harga beli 2920 tidak semestinya diikuti dengan 2919, 2918, 2917 dan seterusnya. Begitu juga harga jual 2930 tidak semestinya diikuti dengan 2931, 2932, 2933 dan seterusnya. Ini kerana harga yang ditawarkan di dalam sistem adalah bergantung kepada tempahan keseluruhan yang dibuat dalam pasaran.

Ada masanya harga beli 2920 diikuti oleh 2919, 2917, 2916 kerana tidak ada pembeli yang membuat tempahan harga beli pada 2918. Begitu juga, ada masanya harga jual 2930 diikuti oleh 2932, 2933, 2934 kerana tiada penjual yang membuat tempahan harga jual pada 2931.

Satu lagi yang perlu difahami, harga terbaik untuk beli dan jual bukan sentiasa bersilisih pada satu tick sahaja (contohnya harga pembeli utama pada 2925 dan harga penjual utama pada 2926. Adakalanya pasaran akan berada pada harga beli dan jual yang agak jauh (contohnya harga pembeli utama pada 2925 dan harga penjual utama pada 2928). Ini juga fenomena biasa kerana ada masanya ada paras harga tertentu yang tidak ditempah.

Akhir sekali, anda mungkin keliru melihat angka pada perenggan diatas. Jika harga pembeli pada 2925 dan harga penjual adalah 2928, bukankah itu untung secara automatik? Jawapannya tidak.

Jika anda mahu membeli, anda perlu mengambil tawaran penjual iaitu 2928. Apabila anda mahu menjual pula, anda perlu mengambil tawaran pembeli iaitu 2925. Nah! Jika anda membeli pada 2928 dan menjual pada 2925, anda sebenarnya automatik rugi!

Untuk membuat tempahan harga, ada beberapa jenis yang boleh digunakan oleh para pelabur. Untuk kali ini, saya akan bincang satu jenis sahaja dahulu iaitu MARKET ORDER. Jenis yang lain akan diterangkan dalam bahagian yang lain.

Market order adalah sejenis tempahan harga dengan nilai yang terbuka. Ia adalah sejenis tempahan harga yang boleh dibuat semasa pre-matching period atau semasa pasaran sedang berjalan (running market).

Bila dikatakan Market Order sebagai tempahan harga dengan nilai yang terbuka, ia bermaksud trader akan menerima apa sahaja harga yang ditawarkan dipasaran semasa itu.

Jika Market Order dibuat semasa pre-matching period, harga yang akan diperolehi adalah apa sahaja harga yang “matching”kan oleh Bursa semasa pembukaan atau penutupan pasaran.

Jika Market Order dibuat semasa running market, trader akan mendapat harga yang ditawarkan semasa itu.

Jika anda membuat BUY MARKET ORDER, maka tempahan anda akan terus dipadankan dengan harga penjual (asking price) yang ditawarkan semasa itu.

Jika anda membuat SELL MARKET ORDER, maka tempahan anda akan terus dipadankan dengan harga pembeli (bidder price) yang ditawarkan semasa itu.

Ingat, dari segi pemasaan (timing), harga yang akan diperolehi melalui Market Order semasa running market adalah harga yang ditawarkan sewaktu tempahan dibuat di sistem oleh FBR; bukan semasa anda membuat tempahan kepada FBR.

Kebaikan Market Order : tempahan anda akan mendapat keutamaan pertama (highest priority) di sistem.

Keburukan Market Order : anda terpaksa menerima sahaja harga yang diberi oleh sistem.

Biasanya Market Order digunakan apabila trader mahu supaya tempahannya segera dipenuhi. Mungkin sebab takut terlepas peluang masuk market, mungkin sebab nak cepat-cepat cut loss atau sebab-sebab lain. Yang utamanya, Market Order digunakan untuk membolehkan tempahan harga dipenuhi secepat mungkin. Seperti yang dikatakan tadi, Market Order dikenalpasti oleh sistem sebagai keutamaan pertama (highest priority).

Link : http://www.bursamalaysia.com/market/derivatives/trading/trading-procedures/

Layari  http://www.itradecimb.com.my/doc/Demo/QSDA_CIMB/Demo.html watch all the demo before  you start trading online. It is importance for you to familiar the online trading systems features like:

  • What are the products available for online trading?
  • How will you know if your orders have been submitted and executed ?
  • How to cancel or revise your orders?
  • What are the conditions that will cause your orders to be rejected by the system?

How trader a loss in FCPO

  • against market trend.
  • over trade, trading more than your capital leading to emotion and cause trader make wrong decision easily.
  • blindly follow others without understanding.
  • trade with emotion.
  • no trading plan.
  • no plan B if the market does not move with the plan.
  • keep hoping market will turn into his/she favor even knew it was a wrong setup.
  • Adding position when market against him.
  • still trade even not certain of market direction.

Before entering the market

    • Identification of major trends (weekly or daily chart) .
    • find out today support and resistance level.
    • Setting the level of risk (how much you can lose).
    • always keep track cash balance to avoid over trade.
    • Prepare check list of items above.

In general, the trading strategy is different for each trader in term of capital, risk management and trading time frame, because everyone is special and unique. Feel free to modify my strategy to suit your own style.

Market myths

Example, when the price had reached almost RM3500 for FCPO, many said the price was too high as
edible oil, it will not rise again. Sensibly, yes. Daily use of a substance in food, of course, there is a
limit to the price rise, if not who can afford?

True or false?

If so, how high is the high? How low is the low?
In fact, a higher or lower prices is merely a perception. As a FCPO trader, we focus on market demand and supply. If the market as a whole considers that a price is too high, the market will start moving down. Similarly, when the market generally assumes that a price is too low, then prices will start to
move upwards.
As a small FCPO trader, we must remember, FCPO market is moving according to supply and demand of the majority of market players. Therefore, we as small FCPO trader, always trade with market trend.

Common mistake when trading FCPO

As a market price trend follower, many of them try to act ahead the market move. Trader scare late entry will miss the opportunity. This is WRONG. Market move based on supply and demand mechanism. Let the market develop the trend, and then we follow. It is not too late to
enter, we still have a chance. So there no such question as a missed opportunity in late entry to the market. This is driven by our greedy and ego.

Most traders do come with a plan at first, but after they start trading if they find out the trend had changed later, they do not want to cut immediately even realize the trend has changed. In most cases, the reason being cut mean a loss. Without realizing it, trend reversal would be too large and directly led to huge losses.

“Maximize your profit by letting it run, minimize your profit by cutting it short”.

Views – 4021

Apabila pasaran dalam trend ke atas atau ke bawah, peluang membuat untung adalah lebih besar. Kerana itu, lebih ramai spekulator akan masuk ke pasaran. Sekaligus spekulator akan menjadi majoriti. Sebagai pengikut kepada suara ramai, tentunya tidak ada masalah untuk membuat intraday trading malah kemungkinan besar akan lebih menguntungkan berbanding dengan overnight trading.

Kesimpulan 1 : Apabila trend ke bawah atau ke atas, utamakan trend jangka pendek dan cuba ikut spekulator yang banyak membuat intraday trading.

Apabila pasaran dalam trend melintang, harga akan bergerak dalam suatu julat yang terhad. Justeru itu, peluang membuat untung adalah lebih kecil. Kerana itu, tidak ramai spekulator yang akan memasuki pasaran. Ini menyebabkan investor yang menjadi majoriti. Sebagai pengikut kepada suara ramai, tentunya minima manfaat yang dapat diperolehi melalui intraday trading malah kemungkinan besar akan lebih menguntungkan jika overnight trading diamalkan.

Kesimpulan 2 : Apabila trend melintang, utamakan trend jangka panjang dan cuba ikut investor yang banyak membuat overnight trading.

Pengecualian : Jika margin benar-benar besar, tidak perlu terlalu fleksibel atau terlalu patuh kepada Kesimpulan 1 dan Kesimpulan 2.

 

Bagaimana ingin memperolehi keuntungan dalam FCPO

Untuk memperolehi keuntungan dalam FCPO, anda boleh memilih salah satu atau gabungan daripada 2 kaedah berikut :

1. Kaedah fundamental

Kaedah ini merujuk kepada pemerhatian kepada data dan peristiwa ekonomi. Contohnya, sekarang ini pengguna kaedah fundamental akan memerhatikan:

  • Perkembangan isu bio-fuel di Malaysia dan Eropah
  • Harga minyak yang mana bio-fuel dijangka menjadi alternative
  • Data permintaan dan penawaran di Malaysia dan Indonesia (sebagai pengeluar utama minyak sawit) serta di China, India dan Asia Barat (sebagai negara pengimport utama terutama menjelangnya musim perayaan Aidil Fitri dan Tahun Baru Cina)
  • Faktor cuaca yang menjejaskan penanaman soybean di US.

Anda tidak perlu mempunyai kemahiran ekonomi untuk menguasai fundamental; hanya perlu ketekunan dan rasa ingin tahu yang tinggi.

2. Guna kaedah teknikal

Kaedah kajian data-data harga FCPO yang dibuat dalam pelbagai bentuk seperti Candlestick, Bar, Moving Average dan lain-lain.

Anda tidak perlu mempunyai kemahiran matematik yang tinggi untuk mahir dalam teknikal; hanya perlu ketekunan dan rasa ingin tahu yang tinggi.

 

Bagaimana ingin memperolehi kerugian dalam FCPO

Untuk mendapat kerugian dalam FCPO, sila ikuti salah satu atau mana-mana gabungan daripada yang berikut :

  • Melawan aliran harga pasaran.
  • Memasuki pasaran dengan secara berlebihan tanpa mengambil kira kemampuan modal.
  • Memasuki pasaran kerana mengikut urusniaga orang lain.
  • Mengikut emosi sebelum, semasa dan selepas memasuki pasaran.
  • Tidak menyediakan pelan sebelum memasuki pasaran.
  • Tidak menyediakan plan B sekiranya pasaran tidak bergerak mengikut aliran yang dijangka.
  • Mengharapkan keajaiban berlakunya perubahan aliran harga walaupun sedar telah tersilap langkah.
  • Melupakan sesuatu arahan beli atau jual yang telah diberikan kepada broker.
  • Menambah urusniaga semasa aliran bergerak dalam arah berlawanan dengan harapan pasaran membuat pembetulan seterusnya mendapat harga purata yang boleh meminimakan rugi.
  • Membuat urusniaga walaupun tidak pasti dengan arah pasaran.

 

Strategi sebelum memasuki pasaran

Apabila membuat urusniaga dalam pasaran FCPO (atau mana-mana pelaburan futures), sebaik-baiknya mempunyai strategi urusniaga sebelum memasuki pasaran. Setidak – tidaknya dalam strategi urusniaga ini dicadangkan mempunyai :

  • Pengecaman arah aliran utama (pada carta mingguan atau carta harian) harga pasaran.
  • Penetapan garis support (sokongan) dan garis resistance (halangan).
  • Penetapan tahap risiko (margin of error) yang sedia diserap jika berlaku kerugian.
  • Penyemakan baki tunai di dalam akaun untuk mengelakkan urusniaga berlebihan (overtrade).
  • Penyediaan senarai semak secara bertulis bagi perkara di atas.

Secara umumnya, strategi urusniaga yang dibina adalah berbeza bagi setiap orang mengikut keselesaan modal, pengurusan risiko dan masa yang boleh diperuntukan dalam memerhatikan pergerakan harga pasaran.

Walau bagaimanapun semua strategi urusniaga umumnya digunakan sebagai dasar, asas atau disiplin bagi :

  • Menetapkan had volum dan had tempoh urusniaga (avoiding overtrading)
  • Mencari aras harga untuk memasuki pasaran (point of entry)
  • Mencari aras harga untuk meninggalkan pasaran (point of exit)
  • Menetapkan aras harga bagi menghadkan kerugian (stop loss)
  • Peniaga profesional futures seringkali menggunakan frasa berikut bagi menjelaskan kepentingan strategi urusniaga :

“Those Who Survive The Market Are Not The Wealthier Nor The Smarter But Simply The Most Disciplined”

atau

Mereka Yang Berjaya Dalam Mengharungi Pasaran Adalah Bukan Daripada Golongan Yang Bermodal Besar atau Yang Lebih Bijak Tetapi Semata-mata Adalah Mereka Yang Paling Berdisiplin.

Arah Harga

Contoh apabila harga telah mencecah hampir RM3500 bagi FCPO, ramai yang kata yang harga itu sudah terlalu tinggi sebagai minyak makan, ia takkan naik lagi. Secara logiknya memanglah begitu. Sesuatu bahan kegunaan harian dalam masakan, tentu ada hadnya kalau naik harga; kalau tak sapa nak beli?

Betul atau tidak tanggapan ini?

Jika begitu, harga macam mana yang dikatakan sebagai tinggi? Harga macamana pula yang dikatakan rendah?

Sebenarnya harga tinggi atau rendah adalah semata-mata persepsi. Yang perlu kita utamakan, sebagai peniaga FCPO adalah persepsi pasaran. Jika pasaran, secara keseluruhannya menganggap yang sesuatu harga itu terlalu tinggi, maka harga pasaran akan mula bergerak ke bawah. Begitu juga apabila pasaran, secara keseluruhannya menganggap yang sesuatu harga itu terlalu rendah, maka harga pasaran akan mula bergerak ke atas.

Inilah yang dikatakan pasaran yang dikuasai penawaran dan permintaan. Harga pasaran akan bergerak mengikut sentimen dan persepsi pasaran.

Sebagai peniaga kecil FCPO, kita perlu ingat, pasaran FCPO tidak peduli dan tidak mengambil kira pandangan kita sebagai individu. Pasaran FCPO hanya bergerak mengikut penawaran dan permintaan MAJORITI pemain pasaran.

Justeru, kita sebagai peniaga kecil FCPO, hanya boleh mengikut pergerakan pasaran. Pasaran naik, maka kita ikut dan masuk pasaran dengan membeli kontrak FCPO (dan keluar dengan menjual kontrak FCPO). Jika pasaran turun, maka kita ikut dan masuk dengan menjual kontrak FCPO (dan keluar dengan membeli kontrak FCPO).

Fakta ini ramai yang faham tetapi tidak ramai yang menyelami maksudnya lalu membuat kesilapan utama semasa berurusniaga FCPO.

Sebagai pengikut pergerakan harga pasaran, ramai yang bertindak cuba MENDAHULUI pergerakan harga pasaran. Kalau lambat masuk, terlepas peluang katanya. Ini SALAH. Pasaran hanya mengikut penawaran dan permintaan MAJORITI peniaga. Biar dah sah arah pergerakan harga pasaran, baru kita ikut. Kita masih berpeluang masuk; walaupun peluang untungnya tidak banyak tetapi risikonya juga lebih terkawal. Jadi soal terlepas peluang tidak timbul kerana masuk lambat ke dalam pasaran. Ini adalah soal TAMAK kerana ingin untung besar atau redha dengan untung lebih kecil daripada risiko yang terkawal.

Keluar daripada pasaran kerana sudah sampai sasaran harga. Ini adalah SALAH. Kita masuk pasaran kerana mendapati harga pasaran sedang mengikuti sesuatu arah. Apabila dah masuk, kita jarang menyemak arah pasaran. Asalkan sudah sampai target harga yang kita kehendaki, kita sudah berpuashati dan keluar dari pasaran. Jangan sampai terlalu tamak katanya. Padahal keputusan untuk masuk pasaran dan keluar pasaran perlu dibuat dengan kaedah yang sama. Bila nak masuk pasaran, kita nilaikan arah pasaran. Bila nak keluar daripada pasaran, jika arah pasaran belum berubah, kenapa tidak kita kekal dulu dalam pasaran?

Bila masuk ke dalam pasaran, kita telah membuat keputusan harga sedang bergerak dalam sesuatu arah. Jika kemudiannya, didapati harga telah berubah arah, kebanyakan peniaga tidak mahu keluar dengan segera walaupun menyedari arah harga yang sudah berubah. Dalam kebanyakan kes, alasannya adalah kerana targetnya belum sampai dan dia belum mahu bertindak kerana bertindak akan bermakna kerugian. Tanpa disedari, perubahan arah harga ini akan menjadi terlalu besar dan langsung membawa kepada kerugian yang amat besar.

Pepatah orang putih ada berkata,

“Maximise your profit by letting it run, minimise your profit by cutting it short”.

Maknanya,

Maksimakan untung sampai setakat mana yang boleh (yang ditawarkan oleh pasaran) dan minimakan kerugian dengan mengambil rugi sekecil yang boleh.

Tindakan perlu

  • Samada sebelum memasuki pasaran atau semasa dalam pasaran, jangan lupa untuk sentiasa menyemak arah harga pasaran.
  • Sebelum memasuki pasaran, tentukan arah harga pasaran.
  • Bila arah harga pasaran telah dikenalpasti, masuk pasaran mengikut arah pasaran berkenaan.
  • Semak arah pasaran dari masa ke semasa bagi mengenalpasti jika arah harga masih kekal atau sudah berubah.Selagi arah pasaran yang dikenalpasti tadi masih kekal, jangan keluar dari pasaran.
  • Apabila arah pasaran telah berubah dari arah asal, keluar daripada pasaran secepat mungkin, tanpa mengira anda di dalam keuntungan atau kerugian.

Mungkin sukar hendak mempercayai dan menerima secara teori, tetapi secara praktikalnya telah terbukti, apabila mengamalkan prinsip urusniaga seperti di atas, secara puratanya anda akan mendapat purata untung yang jauh lebih besar berbanding purata kerugian yang terpaksa ditanggung.

 

Petua

PETUA 1.0 : TENTUKAN TREND MARKET FUTURES DAN PASTIKAN TREND DENGAN UNDERLYING MARKET (PASARAN YANG DI SANDARKAN).

PETUA 1.1 : JIKA HENDAK MELIHAT TREND MARKET, TENGOK DAILY CHART ATAU WEEKLY CHART. JANGAN SESEKALI LIHAT INTRADAY CHART UNTUK CARI MARKET TREND! WALAUPUN BAGI SEORANG INTRADAY TRADER!

PETUA 1.2 : SEBENARNYA JIKA HENDAK MELIHAT MARKET TREND, LIHAT CHART UNTUK FUTURES MARKET SAHAJA PUN SUDAH MENCUKUPI. WALAU BAGAIMANAPUN ADALAH TABIAT YANG SIHAT UNTUK CROSS REFERENCE DENGAN UNDERLYING MARKET SEBAB FUTURES AKAN MENGIKUT UNDERLYING DAN BUKAN SEBALIKNYA!

PETUA 1.3 : BILA MELIHAT CHART, LIHAT DENGAN MATA BUDAK BERUMUR 10 TAHUN. MAKNANYA LIHAT DENGAN CARA PANDANGAN PALING MUDAH DAN ASAS. BILA LIHAT CHART DAN TIDAK BOLEH TENTUKAN ARAH MARKET, TUNJUKKAN PADA BUDAK TADI. KALAU DIA KATA NAIK MAKNA NYA NAIK LAH TU.

Views – 328

Penyeliaan Terhadap Operasi Urusniaga Pasaran Hadapan

penyeliaan

Apabila seseorang pelabur hendak membuat pelaburan dalam FCPO, dia perlu mendapatkan seorang FBR (Futures Broker Representative – gaji bulanan) atau CFBR (Commissioned FBR – komisyen). FBR dan CFBR ini adalah berlesen dan didaftarkan dengan Suruhanjaya Sekuriti.

Walau bagaimanapun, FBR dan CFBR ini tidak boleh mendaftarkan diri sendiri secara individu. Mereka perlulah ditaja oleh Futures Broker. Futures Broker adalah syarikat yang diberi lesen oleh Suruhanjaya Sekuriti untuk menjalankan perniagaan perkhidmatan pembrokeran pasaran hadapan.

Operasi FBR dan CFBR diselia oleh Futures Broker.

Futures Broker pula diselia oleh Bursa Malaysia Derivatives (BMD) dan Bursa Malaysia Derivatives Clearing (BMDC).

BMD dan BMDC diselia oleh Suruhanjaya Sekuriti.

Penyeliaan terhadap FBR dan CFBR dibuat berdasarkan Manual Operasi yang dikeluarkan oleh Futures Broker.

Penyeliaan terhadap Futures Broker dibuat berdasarkan BMD Business Rules dan BMDC Business Ruless yang masing-masing dikeluarkan oleh BMD dan BMDC.

Penyeliaan terhadap BMD dan BMDC dibuat berdasarkan Futures Industry Act (1993) dan Securities Industry Act (1983).

Juru Audit dari Bursa Malaysia akan membuat audit berkala ke atas setiap Futures Broker. Pada masa yang sama FBR dan CFBR yang ada di Futures Broker berkenaan akan turut diaudit.

Manakala Suruhanjaya Sekuriti pula akan membuat audit ke atas Futures Broker secara rawak dari masa ke semasa.

Sebarang kegagalan pematuhan oleh FBR dan CFBR terhadap Manual Operasi sesuatu Futures Broker, terpulanglah kepada Futures Broker itu untuk membuat keputusan.

Sebarang kegagalan pematuhan oleh FBR, CFBR atau Futures Broker terhadap BMD Business Rules dan BMDC Business Rules, Bursa Malaysia akan mempertimbangkan untuk memberi peringatan, amaran, mengenakan denda wang, atau membuat cadangan kepada Suruhanjaya Sekuriti untuk menggantung atau membatalkan lesen FBR, CFBR dan Futures Broker berkenaan.

Sebarang kegagalan pematuhan oleh FBR, CFBR atau Futures Broker terhadap Futures Industry Act (1993) dan Securities Industry Act (1983), Suruhanjaya Sekuriti akan membuat keputusan samada memberi peringatan, amaran, mengenakan denda wang, menggantung atau membatalkan lesen FBR, CFBR dan Futures Broker berkenaan.

Semua FBR, CFBR dan Futures Broker adalah dikawal dari segi tingkah laku profession yang merangkumi pengendalian wang pelabur, kualiti perkhidmatan, etika dan pengurusan dalaman.

Views – 346

Siapakah yang berurusniaga di dalam futures?

Mereka ini terbahagi kepada 4 kategori utama.

1. Hedger

Mereka ini adalah dari kalangan ahli industri minyak sawit; ladang sawit, kilang sawit, pengeksport sawit dan lain-lain lagi. Mereka ini berurusniaga secara fizikal (hakiki) dalam bentuk buah sawit, minyak sawit dan lain-lain hasil sampingan lain sawit.

Jika sekarang (Julai 2008), peladang berpendapat harga sawit akan jatuh pada 6 bulan lagi, mereka akan menjual FCPO (contohnya pada 2500) bagi kontrak Januari 2009. Dengan itu apabila hasil sawit dituai bulan Januari 2009 dan harga benar-benar jatuh ke 2200, peladang ini akan membuat penghantaran fizikal kepada pembeli melalui Bursa (apabila kontrak FCPO yang dijualnya matang) dan harga jualannya adalah kekal pada 2500 dan bukan 2200.

Bagi pengilang, mengurangkan kesan kenaikan harga sawit boleh dilakukan dengan membeli kontrak FCPO. Pada akhir kematangan kontrak FCPO, pengilang ini akan menerima bekalan sawit daripada penjual melalui Bursa pada harga yang di belinya beberapa bulan lepas, bukan pada harga semasa sawit.

Pendek kata, FCPO bagi hedgers adalah mekanisma insuran bagi mengelakkan atau mengurangkan kesan daripada pergerakan turun naik harga sawit di pasaran fizikal.

 

2. Retailer (Spekulator dan Local Member)

Mereka ini adalah kumpulan yang cuba mencari keuntungan daripada turun naiknya harga FCPO. Spekulator tidak melibatkan diri dalam urusniaga fizikal baik di pasaran sawit mahupun di bursa. Mereka hanya memasuki pasaran dan melengkapkan urusniaga sebelum kontrak FCPO tersebut matang.

Mereka ini tertarik dengan keupayaan futures menawarkan keuntungan dan sanggup mengambil risiko yang tertentu bagi memperolehi peluang keuntungan berkenaan.

Local Member pula adalah individu yang diberi lesen khas oleh bursa untuk berurusniaga bagi diri mereka sendiri. Local Member adalah trader yang profesional.

Walaupun spekulator dan Local Member tidak terlibat secara langsung dengan industri fizikal sawit, mereka adalah golongan yang menyumbangkan kepada kecairan FCPO. Melalui penglibatan golongan ini juga, sentiasa ada pembeli dan penjual di pasaran FCPO.

 

3. Arbitrageur

Saingan FCPO adalah minyak soya (BO) daripada Amerika Syarikat. BO juga ada diniagakan di pasaran hadapan di US. Arbitrageur adalah golongan yang memerhatikan kedua-dua pasaran FCPO dan BO. Pada kebiasaannya harga FCPO dan BO bergerak secara relatifnya sama. Kadangkala FCPO dan BO bergerak pada kadar yang berbeza dan menghasilkan jurang sebelum dibetulkan semula oleh permintaan dan penawaran pasaran.

Arbitrageur akan mengambil peluang perbezaan ini untuk menjual salah satu daripada FCPO dan BO ini dan membeli yang satu lagi. Apabila kedua-dua harga FCPO dan BO ini kembali normal, arbitrageur ini akan melengkapkan urusniaganya dan mengaut keuntungan daripadanya.

Arbitrageur hanya muncul pada masa wujudnya peluang perbezaan berkenaan. Pada masa pergerakan harga yang normal, arbitrageur ini mungkin adalah hedgers atau spekulator.

 

4. Peniaga Institusi

Peniaga institusi adalah merangkumi Pengurus Unit Amanah, syarikat insuran dan institusi kewangan. Mereka melibatkan diri dalam FCPO bagi memperolehi keuntungan untuk portfolio dana mereka.

Sektor korporat perladangan yang besar juga dikategorikan sebagai peniaga institusi dan mereka mengambil bahagian dalam urusniaga FCPO sebagai salah satu kaedah pengurusan risiko mereka di dalam pasaran fizikal sawit. Kumpulan ini biasanya mempunyai kaedah urusniaga seperti hedgers tetapi pada skala yang amat besar. Penglibatan mereka dalam FCPO ini tidak sepanjang masa; hanya apabila keperluan dalam pengurusan risiko tersebut wujud.

Mengikut perangkaan yang dikeluarkan oleh Bursa Malaysia, berikut adalah demografi FCPO (pecahan penglibatan dalam FCPO) bagi tahun 2008.

trader

Kesimpulannya, FCPO adalah didominasi oleh retailer yang menyuntik kadar kecairan yang tinggi ke dalam pasaran. Ini juga bermakna FCPO adalah pasaran yang benar -benar adil di mana permintaan dan penawaran harga menguasai pasaran manakala faktor manipulasi pula boleh diabaikan.

Views – 238

Beberapa sebab kami memilih urusniaga Pasaran Hadapan FCPO berbanding pasaran hadapan yang lain.

Antaranya :

  1. FCPO adalah produk pelaburan tempatan dan diniagakan dalam Ringgit Malaysia.
  2. FCPO adalah produk pelaburan yang ditawarkan oleh Bursa Malaysia dimana ketelusan dan kredibilitinya dipantau secara langsung oleh kerajaan melalui Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.
  3. FCPO adalah disahkan oleh Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti sebagai produk pelaburan yang mematuhi syariah.
  4. Keuntungan daripada pelaburan FCPO adalah bebas daripada cukai.
  5. FCPO adalah instrumen pelaburan yang mempunyai ketahanan inflasi dan kebanyakan pengaruh ekonomi lain kerana sifatnya yang dwi-arah (two way market).
  6. FCPO adalah produk futures yang paling lama bertahan yang ditawarkan oleh Bursa Malaysia.
  7. FCPO menawarkan leverage yang tinggi di mana potensi pulangan adalah lebih tinggi (bagi setiap RM yang dilaburkan) berbanding peluang pelaburan kewangan yang lain yang ditawarkan di Malaysia.
  8. FCPO adalah disandarkan kepada pasaran minyak sawit yang matang dan global di mana peserta fizikal (hedgers) adalah terlibat secara aktif dan ini menyumbang kepada pergerakan pasaran yang benar-benar disandarkan kepada permintaan dan penawaran pasaran minyak sawit itu sendiri.

Views – 280