Terdapat beratus-ratus jenis indicator yang terdapat dalam dunia forex. Indicator ini secara asasnya adalah suatu script atau program yang telah ditulis oleh programmer. Di sini saya akan membincangkan beberapa “indicator” yang kerapkali atau biasa digunakan overbought/oversoldIndicator biasanya menunjukkan keadaan pasaran yang “”.
OB atau Pasaran selalunya akan berpatah balik apabila indicator menunjukkan OS. Akan tetapi, keadaan seperti itu tidak selalu berlaku.
Berikut adalah 4 Jenis Indicator yang biasa digunakan:
- Moving Average(MA)
- Moving Average Convergence Divergence(MACD)
- Relative Strength Index(RSI)
- Bolinger Band(BB)
Moving Average(MA)
MA merupakan salah satu indicator yang paling popular. Terdapat beberapa jenis moving average. Simple Moving Average(SMA atau MA saja), Exponential Moving Average(EMA), Weighted Moving Average(WMA). MA merupakan kiraan purata harga tutup pasaran untuk sesuatu masa yang telah disetkan. MA merupakan garisan yang akan bergerak ke atas atau ke bawah,mengikut arah pasaran.
Contoh:
Untuk mengira MA untuk 10hari (10MA) adalah dengan cara mencampurkan semua harga tutup pasaran untuk 10 hari dan bahagikan kepada 10 hari.
Di bawah ini adalah contoh 100MA dan 50MA. Semua kiraan akan dibuat oleh program komputer. Salah satu fungsi utama MA adalah untuk mengenal yang sesuatu trend sedang berlaku. MA adalah jenis indicator yang “lagging”. Maksudnya ia bergerak mengikut harga dan bukan proaktif memberi isyarat ramalan. Jadi MA ini tidak meramalkan apa-apa, Cuma ia “sahkan” yang sesuatu trend (uptrend atau downtrend) sedang berlaku.
Seperti di contoh atas, dalam sesuatu uptrend, MA akan berada di bawah harga pasaran dan ia akan mencondong ke atas, dan juga sebaliknya dalam downtrend. Jika ini berlaku,kebanyakan trader akan mempertimbangkan untuk simpan position long lebih lama apabila harga pasaran berada diatas sesuatu moving average kerana besar kemungkinan harga akan terus naik
“Momentem” atau kekuatan trend boleh diubah dengan mengunakan MA yang lebih kecil, misalnya kurang dari 20 hari. Lebih kecil kiraan purata lebih kuat momentumnya. Selalunya MA yang kurang 20 hari boleh diklasifikasikan dalam short-term, 20-100 pula medium term dan 100 keatas long term trend.
Traders selalunya mengunakan lebih daripada 1 MA untuk melihat pergerakkan market secara keseluruhan, dari segi short, mid dan long term MA boleh juga digunakan untuk mengetahui “level” yang boleh dianggap sebagai support dan resistance.
Perhatikan contoh di bawah. MA (200 hari) bertindak sebagai garis support yang kuat. Harga akan kembali naik apabila mendekati garis support ini. Peluang ini seharusnya diambil untuk posisi LONG/BUY.
MA juga boleh bertindak sebagai penghalang (resistance) jika harga jatuh di bawah paras garisan MA. Satu lagi fungsi MA adalah untuk setkan SL kita. Ciri MA yang boleh menjadi support atau resistance adalah “tool” yang boleh kita gunakan untuk meminimakan risiko kita dalam sesuatu trade kita.
Perhatikan contoh di bawah:
Dalam contoh ini, kita menganggap MA200 sebagai support, dan mempunyai position long yang telah lama buka, apa yang boleh dibuat ialah SL kita boleh kita setkan dibawah line support ini. Salah satu keburukan MA ialah ia tidak berguna apabila pasaran sedang dalam fasa pembetulan atau ”consolidation” atau flat. Contoh di bawah menunjukkan keburukan MA apabila market tiada trend, iaitu apabila tidak berada dalam apa-apa trend, uptrend mahupun downtrend.
Berhati-hati dengan “lag” MA. Oleh kerana semua MA adalah lagging, signal yang diberikan oleh MA selalunya lambat, apabila market telah pun membuat pergerakkanya. Keadaan seperti ini akan kerap kali berlaku.
Cara asas untuk memanfaatkan MA untuk trading ialah “crossover”. Iaitu apabila pasaran bergerak dari atas MA ke bawahnya, ataupun bergerak dari bawah keatas
Satu lagi kaedah “crossover” ialah dengan menggunakan lebih daripada 1 MA. “Crossover” jenis ini berlaku bila MA “shortterm” bersilang dengan MA “longterm”. Cara ini gunakan untuk mengenal pasti “momentum” atau kekuatan sesuatu pergerakan pasaran. Signal untuk long dihasilkan apabila MA shortterm bersilang ke atas MA long term dan signal untuk short terhasil apabila MA shortterm bersilang kebawah MA longterm.
Contoh dibawah menunjukan signal untuk posisi trade LONG terhasil daripada crossover
“Triple crossover” merupakan cara yang mengunakan 3 jenis MA. Sebagai MA5, MA10 dan MA20 contoh bersilang di antara satu sama lain. Dengan menambahkan MA, signal-signal yang palsu boleh dikurangkan.
Contoh signal buy:
Apabila MA5 bersilang dengan MA10, dan naik ke arah atas, ini menunjukkan signal buy telah terhasil. Akan tetapi, trader boleh tunggu sehingga MA10 bersilang dengan MA20 dan naik ke atas. MA10 yang bersilang dengan MA20 boleh digunakan untuk mempastikankan buy signal yang dihasilkan oleh MA5 dan MA10.
Moving Average Convergence Divergence(MACD)
MACD juga merupakan salah sejenis indicator yang paling paling kerap digunakan. MACD biasanya dikira dengan menolak jumlah 12-EMA daripada 26-EMA. Bila MACD mempunyai nilai yang “positive”, dan MA shortterm berada diatas MA longterm, ini menunjukkan pergerakan ke arah atas, dan sebaliknya untuk MACD menghasilkan nilai bacaan yang “negative”. Kebanyakan traders jugak memerhati “garisan 0/neutral”, kaedah ini adalah sama dengan “MA crossover”. Di mana, cross ke atas memberikan signal untuk buy, dan cross kebawah memberikan signal untuk sell.
Contoh ini menunjukkan kegunakan MACD yang sangat asas. Persilangan atau “cross” jenis ini jugalah sama dengan “cross” yang boleh didapati dengan menggunakan MA
Oleh kerana MACD ialah indicator yang lagging, ia sepatutnya mengikut pergerakan pasaran. Seperti di contoh atas(graf 1H), kita boleh melihat yang MACD telah menghasilkan “divergence”. Divergence akan berlaku apabila MACD tidak mengikut harga pasaran.
Pada contoh di atas, kita boleh melihat yang pasaran telah membuat harga “low” yang baru (1), dan bulatan(1) di MACD juga merekod “low” yang baru. Ini berlaku sekali lagi(2), market telah membuat “low” yang baru, atau pasaran telah bergerak keharga yang lebih rendah dari low(1), tetapi MACD tidak menunjukkan bacaan yang lebih rendah dari bacaannya yang terakhir. Dan ini berlaku lagi(3). Apabila keadaan ini berlaku, traders-traders tahu yang MACD telah menghasilkan “divergence”. Dalam keadaan ini, traders tahu yang harga pasaran bakal bertukar arah ke atas
Relative Strength Index(RSI)
RSI secara asas ialah indicator yang memberitahu kita momentum atau kekuatan sesuatu pergerakan/trend market. Di bawah ialah formula untuk mengira RSI.
RS = purata bilangan hari yang “close” dengan keuntungan / purata bilangan hari yang “close” dengan kerugian. Seperti indicator indicator lain, semua kiraan akan dibuat oleh program komputer secara automatik
RSI mempunyai bacaannya, iaitu 0 – 100. Sesuatu trend selalu dianggap “overbought” oleh traders apabila bacaan di RSI menunjukkan 70 keatas, dan “oversold” apabila RSI menunjukkan 30 kebawah
Oleh kerana RSI jenis indicator yang lagging, ia juga mempunyai kelemahannya tersendiri. Pergerakkan pasaran yang mengejut dan kuat boleh memberi kesan yang kuat kepada RSI dan ia mungkin memberi “false” signal.
Bolinger Band(BB)
Indicator teknikal BB hampir sama dengan MA. Bezanya ialah “cara” bands atau garisan support dan resistance dilukis. Garisan bands ini akan berada diatas dan dibawah pasaran. BB memerlukan 2 jenis input/data untuk dihasilkan, iaitu Average(purata) dan “standard deviation”(jarak garisan supp/res dari harga pasaran) macam MA, ia memerlukan hanya 1 iaitu bilanagan purata hari dengan upperband boleh dikatakan “overbought” dan bila berada hampir dengan lowerband boleh dikatakan sebagai “oversold”.
Jarak upperband dan lowerband yang semakin berhampiran selalunya dianggap oleh traders sebagai tanda-tanda awal yang pasaran mungkin breakout dengan kuat ke satu arah.
Apakah Pivot Point(PP)?
PP merupakan zon-zon yang selalunya memberi kesan pada market. Zon-zon untuk PP ini dikenal pasti dengan kiraan menggunakan harga pasaran semalam. “Value” atau nilai-nilai yang digunakan ialah ialah high, low dan close. Contoh untuk mengira PP untuk hari ini, kita gunakan high, low dan close candlestick daily untuk semalam. Kalau hendak kira untuk hari Isnin, kita guna candlestick hari Jumaat. Dengan kiraan ini, kita dapat mengenal pasti beberapa zon support dan resistance.
Setiap hari pasaran akan mempunyai nilai high, low dan close tersendiri. Oleh kerana forex ini 24jam, kita menggunakan 5PM EST sebagai open dan close.
Banyak traders yang menggunakan zone PP, untuk mencari peluang untuk trade. Kita juga boleh melihat bagaimana zone ini memberi kesan kepada pasaran.
Apa yang selalu diperhatikan gunakan PP?
Jika harga open hari ini diatas level pivot point, keadaan ini mengalakkan traders untuk long, selagi harga pasaran berada diatas level pivot point, Kalau harga pasaran open hari ini dibawah level pivot point, keadaan ini mengalakkan traders untuk short, selagi harga pasaran berada dibawah level pp. 3 titik point atau level/zone yang penting dalam cara ini ialah, R1, S1 dan PP sendiri. Secara amnya, trading menggunakan kiraan PP, traders selalu memerhati R1 dan S1, iaitu melihat pasaran patah balik atau tembus(break) dari zone resistance/support ini. Selalunya apabila pasaran sampai ke zone R2, R3 atau S2, S3, ia mungkin telah “overbought” atau “oversold”, jadi zone2 R2/R3 atau S2/S3 selalunya digunakan untuk exit sesuatu trade.
Views – 435
Recent Comments