Manual ini adalah menceritakan berkenaan swing trading. Swing trading bermaksud kita monitor aras Support Dan Resistens secara aktif dan kita hanya berdagang dalam kawasan/had itu.

Point Berhenti(Stops) diletakkan pada titik support atau dibawah resistens untuk meminimakan kerugian. anda akan ditunjukkan untuk menentukan setups terbaik pada aras ini dan bagaimana untuk mengunci keuntungan ketika berdagang.

Sebelum memulakan tindakan trading sebenar, beberapa tindakan perlu dibuat:

  1. Amat penting, memulakan sesuatu konsep baru/strategi, pada kertas (strategy on paper) tanpa melibatkan wang sebenar. Hanya dengan melihat paten/strategi secara berterusan, anda akan merasa selesa dengannya. Anda mesti percaya peten akan berulang kembali. (Lakukan jual beli di atas kertas secara maya)
  2. Jika paten tidak diketahui, jangan trade. Jika anda tidak percaya dengannya, anda akan dapat mengatasi kerugian.
  3. Musuh utama dalam berdagang adalah arah yang bertentangan, pandangan tentang arah pasaran samada oleh anda, FBR atau rakan-rakan.  Rahsia  terpenting adalah: mendengar pasaran dan jangan dedahkan diri anda mengatasi pasaran.
  4. Setiap individu mempunyai keistimewaan dan keunikan, oleh itu apa yang sesuai bagi mereka belum tentu sesuai untuk anda. Tumpukan perhatian pada apa yang anda pelajari dan tukarkan menjadi stail Trading anda.
  5. Point yang sangat penting : Stop Loss order! Stops/Berhenti adalah sangat penting untuk anda sebagai kawalan jika berlaku perkara tak diingini. Ingat, kita berdagang pada kemungkinan sahaja.
  6. Akhirnya, walaupun terdapat berbagai paten trading, anda hanya perlukan SATU strategi untuk berjaya. Kebanyakan trader terbaik yang berjaya sebab mereka trade menggunakan satu strategi. Belajar sehingga pakar satu perkara dahulu.

Views – 96

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Post Navigation