Monthly Archives: November 2013

You are browsing the site archives by month.

FCPO adalah salah satu dari produk futures yang ditawarkan oleh Bursa Malaysia Derivatif (BMD). Ia adalah produk futures yang mematuhi syariah (syariah compliant) yang disandarkan kepada pasaran fizikal kelapa sawit dunia.

FCPO diniagakan dalam Ringgit Malaysia. Satu pergerakan minima harga (satu tick) bagi FCPO adalah RM1 di futures yang membawa nilai sebenar RM25. Oleh itu jika harga FCPO bergerak sebanyak RM5, ini bermakna nilai sebenar kepada trader adalah RM25 X RM5 = RM125.

FCPO didefinisikan sebagai suatu kontrak derivatif (yang diperakui undang-undang Malaysia) di antara pembeli dan penjual untuk menerima atau menghantar minyak sawit mentah (1 lot FCPO bersamaan dengan 25 Tan Metrik minyak sawit mentah) pada suatu masa tertentu di masa hadapan.

Kontrak ini adalah mengikut bulan. Kontrak yang ditawarkan BMD adalah kontrak bagi bulan semasa dan lima bulan berikutnya, diikuti bulan-bulan seterusnya secara berselang satu bulan, sehinggalah ke bulan 24 yang akan datang. Kontrak akan menjadi matang pada 15 haribulan pada bulan dimana kontrak itu disebut. Contohnya, kontrak bulan Julai 2007 akan matang pada bulan Julai 2007 manakala tarikh akhir urusniaganya adalah pada 15 Julai 2007.

Futures membenarkan kita membeli dahulu dan kemudian jual. Futures juga membenarkan kita menjual dahulu dan kemudian baru membeli. Yang pentingnya, kita melengkapkan urusniaga kita dengan membeli pada harga rendah dan menjual pada harga tinggi; tak kesahlah beli dan jual atau jual dan beli.

Adalah juga penting untuk melengkapkan urusniaga. Kontrak yang diniagakan adalah sah dari segi undang-undang. Jika urusniaga tidak dilengkapkan dan kontrak itu matang, kita wajib meneruskan dengan proses tender fizikal minyak sawit. Dalam kata lain; trader yang masih memegang kontrak belian FCPO pada tarikh matang perlu menerima 25 tan metrik minyak sawit (bagi setiap kontrak) daripada trader yang masih memegang kontrak jualan FCPO pada tarikh matang yang sama.

Trader bebas memilih untuk membeli dan menjual kontrak dari bulan mana-mana sahaja. Namun trader diingatkan bahawa berurusniaga pada bulan yang hampir matang mungkin akan menyebabkan trader terpaksa berurusan dengan minyak sawit secara fizikal.

Jual atau beli kontrak pada bulan yang masih jauh juga boleh memerangkap trader kerana kontrak bulan sebegini, kadar kecairannya adalah rendah. Bila beli, mungkin susah nak jual kemudiannya kerana tiada pembeli. Begitu juga sebaliknya, bila jual susah nak beli kemudiannya kerana tidak ada penjual.

Adalah menjadi kebiasaan trader di dalam pasaran, terutamanya spekulator, untuk berurusniaga FCPO pada kontrak bulan ke tiga. Istilahnya adalah ‘benchmark contract month’. Apabila membeli atau menjual kontrak bulan ketiga, ada cukup masa untuk melengkapkan urusniaga manakala kadar kecairannya adalah paling tinggi.

Masa urusniaga FCPO di BMD terbahagi kepada dua sesi iaitu sesi pagi (10.30 hingga 12.30) dan sesi petang (3.00 hingga 6.00).

Kadar margin atau deposit bagi setiap lot adalah ditentukan oleh BMD Clearing. BMD Clearing akan menyemak kadar ini dari masa kesemasa dan mengubahnya mengikut keperluan pengurusan risiko mereka.

Pada masa sekarang, kadar margin bagi setiap lot FCPO telah ditetapkan oleh BMD Clearing pada RM5,500.  Walau bagaimanapun, ada syarikat broker yang membenarkan separuh margin (RM2,750) bagi urusniaga singkat (melengkapkan urusniaga pada hari yang sama).

Masa urusniaga bagi FCPO adalah seperti berikut:

  • Sesi pagi :            10.30 pagi hingga 12.30 tengahari.
  • Sesi petang :      3.00 petang hingga 6.00 petang.

Walau bagaimanapun, terdapat suatu tempoh yang dinamakan ‘pre-opening’ pada setiap sesi. Pada tempoh ini, pelabur boleh membuat tempahan harga, mengubah tempahan harga, atau membatalkan tempahan harga. Dalam tempoh ini, beli dan jual tidak dipadankan.

Tempahan beli dan tempahan jual yang dibuat dalam tempoh ini akan dikumpulkan dan hanya akan dipadankan pada jam 10.30 pagi (bagi sesi pagi) dan 3.00 petang (bagi sesi petang) iaitu apabila bermulanya tempoh urusniaga sebenar. Purata harga bagi tempahan yang dikumpulkan itu akan menjadi harga pertama urusniaga pada sesi berkenaan.

Tempoh ‘pre-opening’ atau pra pembukaan pasaran ini adalah seperti berikut :

  • Sesi pagi :            10.00 pagi hingga 10.30 pagi.
  • Sesi petang :      2.30 petang hingga 3.00 petang.

Pelabur FCPO, pada tempoh ‘pre-opening’ ini, digalakkan menelefon FBR masing-masing dan menyemak kedudukan soybean oil (daytrade dan project A) serta lain-lain fakta perubahan fundamental yang penting bagi mengelakkan kejutan semasa pembukaan sesi.

Sekiranya ada jangkaan pada perubahan mengejut dalam aliran pasaran, bolehlah peniaga membuat persediaan menukar strategi dan memberi arahan kepada FBR untuk sebarang tempahan harga bagi urusniaga baru, stop loss ataupun membatalkan tempahan harga yang telah dibuat.

Fakta dalam Fakta : Struktur pemasaan pasaran yang sebenar adalah lebih kompleks tetapi telah dipermudahkan disini bagi tujuan kefahaman pelabur. Masa yang dinyatakan diatas adalah terhad kepada tempoh dimana pelabur boleh melibatkan diri dalam pasaran.

Bagaimana bursa menemukan pembeli dan penjual? Kaedah yang digunakan dikenali sebagai NOVATION.

Novation adalah proses dimana bursa akan memadankan dua urusniaga; belian dan jualan. Apabila didapati seorang pembeli A dan seorang penjual B menawarkan harga masing-masing pada aras harga yang sama; bursa akan membeli daripada penjual B dan pada masa yang sama bursa juga menjual kepada pembeli A. Ini adalah cara bagaimana bursa menemukan pembeli dan penjual. Kenapa sampai begitu?

Pertamanya, ini untuk memastikan pada tarikh matang kontrak, pembeli dan penjual spekulasi dapat melengkapkan urusniaga mereka. Baki pemegang kontrak yang tinggal adalah hedgers yang mahu menghantar dan menerima minyak sawit. Seterusnya Bursa akan menyelia penghantaran dan penerimaan minyak sawit berkenaan. Dengan ini keperluan dan matlamat spekulator, hedger atau lain-lain kategori peniaga FCPO adalah tercapai.

Keduanya, novation membolehkan Bursa mengawal dan menyelia pasaran yang adil dan saksama melalui urusniaga yang sah selain mengelakkan gangguan atau manipulasi pihak tertentu.

Akhir sekali, Bursa juga dapat mengawal dan menyelia serta memastikan sesuatu urusniaga itu dapat dikesan dan diniagakan oleh peniaga yang didaftarkan melalui pembukaan akaun di syarikat broker. Ini penting bagi tujuan menyemak akauntabiliti setiap urusniaga dan mereka yang terlibat didalam sesuatu urusniaga tersebut.

Kerana inilah juga urusniaga FCPO dapat dijamin keberkesanan operasinya dan menyakinkan pelabur terhadap ketelusannya.

Akhir sekali, diharap bagi mereka yang masih ragu-ragu, dapat memahami bahawa urusniaga futures bukanlah urusniaga ‘atas angin’ kerana kita membeli daripada bursa dan kita menjual juga kepada bursa.

 

SPESIFIKASI

Contract Code : FCPO
Underlying Instrument : Crude Palm Oil
Contract Size : 25 Metric Tons
Minimum Price Fluctuations : RM1.00 Per Metric Ton ( 1 point = RM25 )
Trading Day : Monday         -        Friday
Trading Hour : 10.30am        -        12.30pm (morning session)3.00pm          -        6.00pm (afternoon session)
Contract Months : Spot month and the next 5 succeeding month, and thereafter, alternate   months up to 24 month ahead.
Speculative Position Limits : 500 contracts net long or net short for the spot month5000 contracts for any single delivery month except for the spot   month.8000 contracts for all contract months combined.
Final Trading Day and Maturity : Contracts expires at noon on the 15th day if the delivery month, or   if the 15th is a non-market day, the proceeding business day.
Final Settlement : Physical delivery.1st business day to the 20th business day of the delivery month, or   if the 20th is a non-market day, the proceeding business day.
Brokerages Charged : RM30 (Intraday)
RM50 (Overnight)
Initial Margin : RM2,250 (Intraday)
RM4,500 (Overnight)

 

Views – 396

Laman web ini diwujudkan atas dasar ingin memberi panduan dan berkongsi maklumat mengenai urusniaga Pasaran Hadapan Minyak Sawit (FCPO).

Mungkin ramai yang tahu atau mendengar tentang FCPO, tetapi tidak ramai yang tahu secara mendalam tentang urusniaga yang dijalankan. Kami ingin mengubah persepsi orang ramai yang berpendapat urusniaga FCPO ini adalah sukar dan berisiko tinggi.

Beberapa faktor yang perlu ada dalam diri seseorang trader sebelum menjalankan urusniaga. Antaranya adalah ilmu, kesabaran, modal yang mencukupi serta sanggup menanggung risiko kerugian. Sekiranya trader mempunyai faktor – faktor ini, kami yakin urusniaga FCPO boleh memberikan pendapatan yang amat lumayan.

 

Pasaran Hadapan

Pasaran hadapan seperti yang ditulis dalam website Bursa Malaysia:

“Derivatives are financial instruments used to manage one’s exposure to today’s volatile markets. A derivative product’s value depends upon and is derived from an underlying instrument, such as commodity prices, interest rates, indices, and share prices.”

Ini bermaksud, fungsi utama pasaran hadapan digunakan untuk pengurusan risiko (risk management) untuk mengimbangi portfolio anda. Walaupun para spekulator juga memasuki pasaran hadapan, tetapi pasaran hadapan juga adalah tempat yang penting untuk para pelabur professional mengurangkan risiko masing-masing dengan teknik tertentu.

Futures market adalah perkembangan dari spot market dan juga forward market. Untuk memudahkan kefahaman anda, ini analoginya:

Spot: Abu seorang peladang kelapa sawit. Ali pembeli buah kelapa sawit dari Abu. Ali membayar RM500 untuk setan buah kelapa sawit, dan mendapat buah kelapa sawit pada masa itu juga.

Forward: Ali pembeli / pemborong buah kelapa sawit. Samad pengilang memproses kelapa sawit. Samad memerlukan kelapa sawit sebanyak 100 tan dalam tempoh 3 bulan lagi. Jadi, Samad berjumpa dengan Ali dan menawarkan harga RM600 setan kerana bimbang kelapa sawit berkemungkinan naik menjadi RM700 setan 3 bulan lagi. Samad mahukan kelapa sawit tersebut 3 bulan lagi dan bukannya sekarang.

Ali juga menerima tawaran harga RM600 setan kerana dia juga bimbang harga akan menjadi RM500 setan 3 bulan lagi . Justeru, Ali juga bersetuju untuk menghantar 100 tan kelapa sawit 3 bulan dari sekarang dengan harga yang ditawarkan.

Futures: Abu seorang peladang kelapa sawit. Samad pengilang memproses kelapa sawit. Samad memerlukan 100 tan kelapa sawit dalam tempoh 3 bulan dari sekarang. Proses yang sama dibuat seperti forward contract di atas, tetapi kontrak itu dilakukan bukan di antara Samad dan Abu, tapi oleh pihak ketiga, yang dikenali sebagai Bursa Malaysia.

Bursa Malaysia yang menentukan harga dengan berdasarkan supply dan demand, serta mempunyai data-data dan tugasan lainnya. Bursa Malaysia juga adalah pihak yang menetapkan harga – harga kelapa sawit untuk semua yang terlibat dalam sektor kelapa sawit. Bukan sekadar jual-beli antara Abu dan Samad sahaja.

Pemborong dan peladang kecil barangkali tidak menyedari kepentingan instrumen ini diwujudkan, tetapi sekiranya anda memerlukan kelapa sawit dalam kuantiti yang besar dan perniagaan anda terdedah dengan pelbagai risiko tertentu, maka pasaran hadapan akan membantu anda menyelesaikan masalah tersebut.

Di Malaysia, produk derivatives atau pasaran hadapan ini sudah dikendalikan oleh Bursa Malaysia sepenuhnya. Ada 11 pasaran hadapan yang wujud di Bursa Malaysia iaitu:

  1. KLCI (FKLI) Futures
  2. KLCI (OKLI) Options
  3. 3 Mth Month Kuala Lumpur Interbank Offered Rate interest rate (FKB3) Futures
  4. Crude Palm Oil (FCPO) Futures
  5. Gold Futures (FGLD)
  6. 3-Year Malaysian Government Securities (FMG3) Futures
  7. 5-Year Malaysian Government Securities (FMG5) Futures
  8. 10-Year Malaysian Government Securities (FMGA) Futures
  9. Crude Palm Kernel Oil (FPKO) Futures
  10. Single Stock Futures (SSFs)
  11. Ethylene OTC Futures Contract

Pasaran hadapan adalah instrumen kewangan yang sophisticated. Tetapi ia bukanlah terlalu sukar untuk difahami. Asalkan anda berusaha lebih sedikit maka anda akan mengetahui peluang besar yang wujud di dalamnya.

Untuk pengetahuan, website ini hanya akan memberi pengkhususan untuk urusniaga Futures Crude Palm Oil (FCPO) sahaja. Untuk urusniaga pasaran hadapan yang lain, sila rujuk laman web yang berkaitan.

Views – 417

MA  merupakan indikator berjenis trend, iaitu indikator yang digunakan untuk menentukan trend yang sedang terjadi di market. Penggunaannya sangat luas bukan saja dalam dunia forex, jika Anda pernah bermain saham dan menggunakan  analisa teknikal, maka pasti MA juga digunakan disana. Sememangnya analisa teknikal bersifat universal dan dapat digunakan dalam semua market yang menggunakan data kolektif.

MA juga dapat diubahsuai menjadi indikator baru dan benar-benar berbeza dengan indikator aslinya. Jika nanti Anda mulai mempelajari MACD (Moving Average Convergence Divergence) maka Anda akan mengetahui bahwa indikator satu ini pun asalnya juga dari MA (lihat saja namanya).

Moving average mempunyai tiga varian yang berbeda yaitu Simple Moving Average (SMA), Weighted Moving Average(WMA) dan Exponential Moving Average (XMA). Masing-masing merupakan metode rata-rata bergerak, hanya saja cara me-rata-ratakannya yang berbeda satu sama lain. Namun dalam pembacaannya tetaplah sama dan semuanya mengiktui aturan yang berlaku pada Moving Average. Kenyataannya sejak awal tahun 2000 an, Moving Average bukan saja berkembang dalam 3 varian saja tetapi menjadi lebih dari 5 varian yang disesuaikan dengan kegunaannya saja. Namun untuk mempersempit ruang pembahasan sekaligus memudahkan Anda dalam menginterprestasikan MA, pembahasan hanya difokuskan pada ketiga jenis MA.

 

Simple Moving Average (SMA)

Simple Moving Average (atau biasa disebut Moving Average saja atau juga disingkat SMA) adalah Moving Average paling sederhana dan tidak menggunakan pembobotannya dalam perhitungan terhadap pergerakan closing price.

Perhatikan gambar Simple Moving Average dengan periode 10 berikut:

ma

Meskipun sederhana, SMA cukup efektif dalam menentukan trend yang sedang terjadi di market. Cara pembacaannya pun sederhana.

Secara garis kasar MA dapat digunakan untuk hal-hal berikut:

  1. Menentukan trend yang akan terjadi.
  2. Menentukan  titik support dan resistance.
  3. Meluruskan indikator lain yang terlalu bergerigi.

Aplikasi MA paling banyak digunakan untuk meramalkan arah trend sedangkan kegunaan no 2 dan 3 tidak terlalu banyak digunakan. Kali ini kegunaan MA akan dititik beratkan pada kegunaan utamanya yaitu untuk meramal trend. Sedangkan kegunaan no 2 akan dibahas pada artikel tersendiri yang akan disisipkan kemudian.

Sekarang mari kita perhatikan MA dengan periode 10 yang diterapkan pada GBP/USD periode 1 hari berikut ini:

 

Perhatikan bagian yang telah diwarnakan dengan warna biru. Ketika harga bergerak naik, MA berada dibawah dari pergerakan matawang. Sebaliknya bila MA berpotongan dengan candlestick, trend naik berhenti dan dilanjutkan dengan situasi sideways. Atau ketika trend naik terjadi lalu kemudian MA menembus harga dan berpindah dari bawah menuju keatas, itu merupakan pertanda bahwa trend naik telah berakhir untuk kemudian dilanjutkan dengan trend turun.

 

Nah, bagaimana kalau kita menggunakan dua buah SMA dengan dua periode yang berbeda? Hasilnya akan sangat menarik. Kita akan segera tahu bagaimana hasilnya:

 

Lebih memudahkan bukan? Dengan penggunaan dua SMA dengan dua periode yang berbeda kita dapat lebih akurat lagi memprediksikan kemana harga akan bergerak. Apabila telah terjadi perpotongan antara harga dengan kedua SMA maka akan dipastikan harga kan berubah arahnya. Pada gambar diatas, apabila MA dengan periode yang lebih kecil-yaitu periode 10 jika di gambar-berada dibawah dari MA yang periodenya lebih besar-pada gambar diwakili dengan periode 15-maka itu merupakan indikasi harga sedang dalam trend turun dan sebaliknya apabila periode lebih kecil di atas dari periode yang lebih besar maka trend mata uang sedang dalam tren naik.

ma2

Dapat kita catat juga bahwa apabila rentang antara kedua SMA semakin besar maka kemungkinan trend akan terus berlangsung dan bila mulai terjadi penyempitan jarak diantara keduanya dan sampai terjadi perpotongan kembali, bisa disimpulkan bahwa trend sudah berakhir. Mudah bukan?

Mengenai periode MA yang digunakan, sayangnya sampai saat ini belum ada aturan pencarian periode yang tepat untuk dipakai. Memang perlu banyak-banyak berlatih dan mencoba (trial and error). Perlu Anda catat bahwa penggunaan periode dapat berubah-ubah menurut kebutuhan meskipun pada  pair yang sama karena memang kondisi sebuah mata uang adalah dinamis dari waktu kewaktu. Namun berdasarkan pengalaman, disarankan periode yang digunakan tidak lebih besar dari 40. Ini dimaksudkan agar MA tidak kehilangan sensitivitasnya sebagai indikator penentu trend.

Semakin besar periode dari MA maka kurva MA yang dihasilkan akan semakin lebar dan tidak sensitif dalam mengakomodasi perubahan harga. Sebaliknya, semakin kecil periode MA maka kurva MA yang dihasilkan menjadi semakin semakin sensitif. Dalam hal ini terlalu sensitif atau tidak sensitif sama sekali bukanlah hal yang baik. Semakin sensitif sebuah kurva MA maka semakin sering sinyal palsu dihasilkan dan membuat trading kita loss. Sebaliknya, semakin tidak sensitif maka sinyal beli atau jual menjadi semakin sedikit yang mengakibatkan kita tidak dapat bertrading.

Nah, lebih lengkapnya telah disarikan oleh BelajarForex mengenai penggunaan SMA untuk membaca trend dalam bentuk tabel sbb:

jadualSMA

Nah itu penjelasan ringkas mengenai Moving Average. Jangan lupa untuk membaca artikel lain dari website ini untuk memperluas pengetahuan analisa Anda.

 

Weighted Moving Average (WMA)

Pertanyaan pertama yang timbul di benak kita adalah apakah perbezaan SMA dengan WMA? Sudah tentu ada perbezaannya. Cukup berbeza sehingga diklasifikasikan menjadi dua bahagian. Tidak cukup banyak berbeza sehingga nama mereka mirip karena menggunakan metodologi yang sama, hanya caranya yang berbeza.

Bayangkan begini: Manakah harga yang memiliki purata penekanan yang lebih besar dalam meramal harga didepan, harga satu jam terakhir yang kita miliki atau harga dua bulan lalu yang kita miliki? Sudah tentu satu jam terakhir. Paling tidak pergerakan harga tidak satu jam terakhir akan lebih representatif dalam meramal harga didepan apabila dibandingkan dengan harga dua bulan yang lalu.

Atau jika kita aplikasikan dengan kehidupan sehari-hari, ambillah kita akan membeli sebuah telepon genggam. Tentu saja kita akan mencari tahu harga telepon genggam tersebut dalam rentang waktu terakhir. Nah, mungkin kita akan lebih memperhatikan harga satu hari yang lalu dibandingkan harga dua minggu yang lalu karena menurut hemat kita pastilah pergerakan harga tidak akan berbeda jauh dengan harga satu hari lalu.

Purata penilaian inilah yang diatur oleh WMA. Pada SMA, purata setiap harga baik dua minggu lalu atau pun dua hari yang lalu memiliki purata penilaian yang sama. Pada WMA data terakhir memiliki purata yang lebih besar nilainya dibandingkan harga-harga sebelumnya.

Purata nilai pada WMA akan tergantung pada panjang periode yang kita tetapkan. Semakin panjang periode yang ditetapkan, maka semakin besar pula purata yang diberikan pada data terbaru.

Secara keseluruhan, peraturan pada WMA adalah sama seperti pada SMA karena memang cara perhitungannya sama hanya memiliki perbedaan pada purata nilai saja. Berikut ringkasannya:

WMA

Gambar dibawah ini adalah aplikasi dalam memprediksi trend yang akan terjadi dengan menggunakan WMA. Cara penggunaannya sama persis dengan penggunaan pada SMA. Perhatikan perbedaan SMA dengan WMA berikut ini:

smawma

Dan dibawah ini pemakaian WMA dengan dua periode yang berlainan:

wma2

Terlihat WMA lebih responsif dalam memprediksi perubahan trend pada GBP/USD. Setiap titik peralihan trend tepat berada pada candlestick terakhir trend yang sedang berlangsung. Perhatikan juga pada gambar di atas akan terjadi kembali perubahan trend dari bullish menuju bearish. Dalam hal ini pemilihan periode yang tepat juga berpengaruh pada presisi penentuan trend.

Nah, sampai disini kita sudah mengetahui bahwa pembobotan harga pada tiap-tiap rentang waktu yang berbeda nilainya juga berbeda. Namun, apakah metode pembobotan pada WMA merupakan metode pembobotan yang paling cepat dalam memberikan perubahan trend? Tidak. Pada WMA pembobotan dilakukan tidak menyertakan nilai WMA sebelumnya. Pada bagian setelah ini kita akan melihat metode rata-rata bergerak yang melibatkan fungsi eksponensial dalam melakukan pembobotannya. Hasilnya adalah pemberian sinyal peralihan yang dapat lebih dini.

 

Exponential Moving Average (XMA).

XMA merupakan penyempurnaan dari metode SMA. Seperti kita ketahui bahwa pembobotan SMA merupakan penyebab yang mengakibatkan terjadinya keterlambatan sinyal perubahan trend. Pemberian bobot pada XMA sama seperti juga pada WMA, melibatkan periode. Hanya saja perbedaannya jika pada WMA semakin panjang periode yang kita gunakan maka semakin besar bobot nilai terakhirnya, maka pada XMA terjadi sebaliknya yaitu semakin panjang periode yang kita pakai maka semakin kecil pembobotan nilai terakhir yang kita pakai.

Secara keseluruhan, peraturan pada XMA adalah sama seperti pada SMA karena memang cara perhitungannya sama hanya memiliki perbedaan pada pembobotan nilai saja. Berikut ringkasannya:

jadualXMA

Nah, gambar dibawah ini adalah aplikasi dalam memprediksi trend yang akan terjadi dengan menggunakan XMA. Cara penggunaannya sama persis dengan penggunaan pada SMA.

Gambar dibawah ini adalah penggunaan XMA periode 10 pada grafik GBPUSD.

Dan sama seperti MA lainnya, XMA pun lebih sering digunakan dengan menggunakan 2 periode yang berlainan:

 

SMA, WMA, XMA Mana yang Lebih Baik?

Nah ini mungkin pertanyaan terakhir yang terlepas dari pembahasan Moving Average kita. Manakah diantara varian indikator MA ini yang paling baik?

Dilihat dari pemberian signal bullish atau bearish memang XMA merupakan indikator yang dapat memberikan signal yang lebih baik dibanding keduanya. Tentu saja demikian karena  XMA memang diciptakan untuk mengatasi kekekurangan varian MA pendahulunya. Tapi jika pertanyaannya adalah mana yang lebih baik, ini menjadi sangat relatif bergantung kepada trader.

Sebagai panduan, semakin sensitifnya sebuah indikator memang akan menjadi sangat membantu untuk meramalkan harga. Namun sebaliknya, semakin sensitif maka akan semakin banyak juga false signal yang dihasilkan yang artinya bisa saja signal yang diberikan ternyata salah atau tidak berlangsung lama. Itu sebabnya kembali bergantung pada sang trader.

Jika Anda adalah seorang yang lebih menyukai permainan yang lebih “safe”, mungkin SMA menjadi lebih sesuai dibandingkan varian lainnya. Dan sebaliknya bila Anda menyukai permainan yang lebih beresiko (yang juga berari kemungkinan memperoleh keunutungan akan sama besarnya dengan  resiko yang mungkin terjadi) maka XMA akan lebih baik menurut Anda karena lebih responsif dan lebih cepat dalam pemberian sinyal. Jika Anda seorang penganut “poros tengah”, silakan gunakan WMA. Yang jelas indikator hanyalah sebuah instrumen, kitalah yang menentukan keputusan berdasarkan petunjuk instrumen tersebut.

Sebenarnya jika dilakukan perhitungan melalui Mean Percentage Absolute Error (MAPE), maka XMA akan memberikan error yang lebih kecil dibandingkan yang lainnya. Namun tetap saja bukan berarti XMA adalah absolut yang terbaik. Saya sengaja tidak mencantumkan perhitungan dengan MAPE karena memang sangat relatif.

Views – 402

Mari kita mulai dengan anggapan yang mengasaskan analisa teknikal. Dalam hal ini saya akan mengambil sebuah pendekatan ekstrim supaya Anda dapat memahami bagaimana sebuah analisa teknikal digunakan bagi memperolehi kekuatan trading. Tentu saja dalam praktiknya tidaklah demikian. Anda boleh menggabungkan kedua-dua analisa (fundamental dan teknikal) untuk memperolehi sistem trading yang terbaik bagi Anda.

Para chartist (pihak yang melakukan analisa teknikal), percaya bahawa mereka dapat mengetahui pola-pola pergerakan harga di masa akan datang dengan berasaskan pada pemerhatian pergerakan harga di masa lalu. Singkatnya mereka memegang prinsip ini: “History always repeats it self.” Falsafah ini tentu saja bertentangan dengan para fundamentalis dimana keputusan pelaburan atas nilai sesuatu mata wang diasaskan pada faktor fundamental ekonomi, politik dan kewangan negara yang bersangkutan.

Senjata utama para analis teknikal adalah grafik (chart – itulah mengapa mereka disebut chartist). Melalui chart inilah mereka dapat melihat trend yang sedang berlangsung, jangka waktu trend, volume transaksi dan aras-aras psikologi yang ada. Jika Anda telah mampu mengetahui 4 perkara tersebut, tentu saja keuntungan besar segera akan mengalir deras ke kocek Anda. Mari saya ulang:

  1. Trend yang sedang berlangsung
  2. Volume transaksi
  3. Aras-aras psikologis (support dan resistance)
  4. Jangka waktu yang terjadi.

Yup, itu saja. Memang tujuan para chartist adalah meramalkan ke empat hal ini. Namun sekarang yang menjadi pertanyaan adalah seberapa tepat kemampuan kita meramalkan harga? Nah itulah yang memang harus terus menerus dilatih tiap-tiap hari. Tidak ada satu pun kaedah yang sempurna baik fundamental maupun teknikal. Pengalaman dan diri sendiri memainkan peranan penting disini.

Analisa teknikal sendiri memiliki beberapa section atau dasar analisa yang berbeza. Secara garis besar analisa teknikal dibagi menjadi beberapa cabang besar yaitu:

technicalanalysis

Apakah analisa teknikal memiliki kelemahan?? Sudah tentu . Seperti saya katakan, tidak ada satu kaedah yang sempurna. Mari kita bincangkan kelemahan kedua analisa ini dalam bentuk jadual:

ta

Nah itu saja untuk perkenalan pada analisa teknikal. Pada bahagian berikutnya kita akan berkenalan dengan grafik. Pastinya Anda tidak menghendaki terlalu banyak maklumat yang akhirnya malah membuat Anda pening bukan?

Views – 198